Aperture ini dikira dan dilabelkan dengan format 'f-stop'. Sebagai contoh, f/2.8, f/5.6, dan f/22. Bukaan aperture yang kecil mempunyai nilai f-stop yang besar (contoh f/32) dan bukaan aperture yang besar mempunyai nilai aperture yang kecil (contoh f/4).
Gambar dibawah menunjukkan kaitan bukaan aperture dengan jumlah cahaya yang masuk. Sekiranya bukaan kecil, maka kuranglah cahaya yang masuk dan jika bukaan besar, banyaklah cahaya yang masuk.
Contoh lain, kaitan aperture dengan depth of field (DOF). Semakin besar bukaan aperture (nilai f-stop kecil), semakin sempit DOF dan sebaliknya. rujuk gambar di bawah untuk lebih faham.
f/4: Bukaan aperture besar dan banyak cahaya boleh masuk. Maka kawasan fokus (DOF) akan terhad. kawasan yang berada di belakang atau di depan objek akan menjadi blur (Bokeh)
f/11: Bukaan aperture sederhana. Cahaya masuk tidak terlalu banyak. Maka objek dapat difokus dengan lebih baik. Tapi bahagian belakang atau di depan objek masih kabur sedikit (Bokeh)
f/32: Bukaan aperture sangat kecil dan cahaya yang dapat masuk sedikit. Jadi, objek dan belakang objek dapat di fokuskan dengan lebih baik, tiada kawasan yang nampak blur.
Cukup disini dahulu untuk peringkat awal pemahaman. Kalau bg banyak-banyak, nnti pening pulak. Harap dapat faham dengan baik. Sekian...
Read more: http://www.luqaz.com/2012/01/fotografi-apa-itu-aperture.html#ixzz2JNbiYIp7
Tidak ada komentar:
Posting Komentar